Amaran! Amaran! Sedang dicari: kaki awek

Hallo manusia sekelian. Kamu ada foto kaki awek? Sila hantar dengan kadar segera kepada kami di alamat projek.elarti + gmail + com. Kalau bagus akan digunakan untuk kulit Elartiga yang patutnya keluar Disember ini (kosakata operatif: patutnya).

Elarti yang bugil

Penulisan suara baru kontemporari 2008.

Isi sudah siap dicetak. Sekarang hanya menunggu untuk dipakaikan kulit.

Notis untuk penulis Aweks KL sekalian

Entah apa sebab (mungkin sebab sebelum hantar tak cuci kaki dan terlalu banyak disogok dengan lamanweb porno), emel Yahoo aku masuk spambox sumer orang yang aku hantar. Jadi inilah aku umumkan:

Sumer penulis Aweks KL dapat 5 buah buku percuma setiap sorang. Sila ambil di Silverfishbooks di Bangsar. Penulis yang berada di luar lembah Kelang (kenapa??? Rendah jatidiri?), sila emel alamat surat-menyurat kamu supaya kami boleh suruh posmen hantar buku-buku itu ke rumah kamu.

Pelancaran yang tak terlancar

Patutnya Aweks KL dilancar secara rasmi di Fiesta Buku Alternatif KL 2008 hari Ahad tu. Tapi tak terlancar pun, sebab orang sudah tidak hormat ketuanan Melayu lagi, jadi mereka asyik berlegar-legar berborak dalam dewan tempat pelancaran walaupun pengumuman telah dibuat. Tak guna. Kena bayar 50 ringgit untuk sistem PA pulak tu. Nota pada diri: 2012, mesti undi BN balik.

Jadinya, Aweks KL hanya akan dilancar bersama Elarti2 di hujung bulan Mei nanti.

altbookfest2008: Kejayaan yang mengecewakan

Mengecewakan sebab satu nombor tepon aweks pun kita tak dapat bawak pulang untuk diperkenalkan pada emak. Tapi berjaya sebab hampir 200 buku Aweks KL + Kasut Biru Rubina terjual dalamasa 2 hari tersebut. Maknanya sekarang stok Aweks KL cuma tinggal 180 saja (edisi terhad: 1,000 naskah saja akan dicetak).

Tukaran akan datang: Elarti:2

Dah hantar ke printer. Tapi mungkin tak sempat siap untuk Alternative Book Fest Ahad ni kut. Mungkin seminggu lagi.

Aweks KL: mengilas betis aweks (dan beberapa balak) Melayu

Himpunan cerita pari-pari untuk bidadari kota.

Aweks KL ialah koleksi penulisan bahasa Melayu (dan beberapa kerat puisi bahasa Inggeris) yang majoritinya ditulis perempuan Melayu. Cerpen-cerpen dan puisi-puisi dalam antologi ini mengizinkan kita imbasan selayang pandang minda perempuan Melayu kontemporari yang, seperti sekilas peha, selama ini terpinggir ke belakang masyarakat, seperti anak-anak yang hanya boleh dilihat tapi tak mahu didengari.

Harga pasaran RM15. Boleh didapati di Silverfishbooks di Bangsar, Borders atau cawangan utama MPH.

Bundel tawaran hebat tangling: beli Aweks KL + Kasut Biru Rubina untuk RM20!